Wednesday, 17 January 2018

Punca dan Cara Mengatasi Gout.


Gout adalah keradangan dan sakit sendi yang disebabkan oleh pengumpulan asid urik di kawasan tersebut.

Bahagian sendi yang yang paling cenderung kena ialah bahagian bawah ibu jari kaki.

Selalunya ia akan menyebabkan sendi bengkak merah, sakit dan sukar untuk berjalan seperti biasa.

PUNCA GOUT BERLAKU.

Serangan gout berlaku apabila kandungan asid urik menjadi tinggi.

Apa faktor yang menyebabkan kandungan asid urik dalam badan semakin meningkat?

A) Kurangnya perkumuhan asid urik daripada buah pinggang.

Keradangan akan berlaku apabila asid urik dihasilkan lebih cepat berbanding kemampuan buah pinggang membuangnya.

B) Pengambilan makanan yang akan menghasilkan asid urik yang banyak.

BAGAIMANA UNTUK MENCEGAH GOUT?


1) Amalkan pemakanan yang sihat yang boleh membantu dalam pembuangan asid.

2) Bersenam sekurang-kurang 3 kali seminggu. Turunkan berat badan dengan cara yang sihat sekiranya mengalami berat badan yang berlebihan.

Jika anda mempunyai masalah gout segeralah mendapat rawatan. Jangan tunggu sampai Gout menjadi semakin teruk baru kita mahu bertindak.

Semoga bermanfaat kepada kita semua!

Love,
Cheryl Johnny
Your Shaklee Independent Diatributor.