Wednesday, 31 January 2018

Tips Kulit Glowing Secara Semulajadi.

Miliki kulit yang berseri tanpa menggunakan kos yang mahal.


Miliki kulit yang halus mulus merupakan impian semua para wanita kan? Macam saya juga mahukan kulit yang glowing gitew! 😍

Hari ini saya akan kongsikan tips untuk dapatkan kulit yang putih dan gebu tanpa suntikan menggunakan bahan-bahan yang dapat kita peroleh di dapur kita. 

Tips pertama ialah tips yang paling penting untuk perlu kita amalkan tiap hari.

1. Minum air yang secukupnya.


Setiap 25KG daripada berat badan, kita perlu minum 1 liter air setiap hari. Berapa berat kamu? Pastikan minum air yang cukup ya.

Saya kongsikan juga cara untuk kita lebih berdisiplin minum air ni. Boleh ikut cara dalam gambar.



Ternyata dengan menggunakan cara ini lebih senang untuk habiskan sebotol air mineral besar. 

Tips yang kedua pula ialah

2. Buat masker sekurang-kurangnya 3 kali sehari.



 Sebagai contoh masker beras dan yogurt.

Masker Beras

1. Cuci beras terlebih dahulu.
2. Boleh pilih untuk goreng beras atau menumbuknya dengan lesung.
3. Jika memilih beras untuk digoreng, boleh kisar selepas siap menggoreng beras tersebut.
4. Boleh jadi masker sudah, oleskan pada wajah.
5. Bilas selepas beberapa minit. Siap! 😍

Nota : Buat sekurang-kurangnya 3kali sehari untuk mendapatkan kulit yang halus.

Tips yang seterusnya ialah

3. Lindungi kulit muka daripada sinaran UV.


Jangan biarkan muka anda sentiasa terdedah dengan sinaran UV.

Boleh pilih untuk gunakan Krim ataupun topi untuk lindungi kulit muka daripada terdedah dengan cahaya matahari.

Tips yang terakhir ialah

4. Minum minuman yang mempunyai anti oksida. 


Sebagai contoh amalkan minum Teh hijau setiap pagi atau pun malam kerana ianya mempunyai anti oksida. 

Selepas membuat airnya, hempas teh tersebut juga boleh dijadikan sebagai skrub muka. Jimat dan berbaloi.

Jangan lupa mencuba tips ini untuk mendapatkan kulit yang berseri tanpa menggunakan kos yang banyak.

Selamat mencuba!