Friday, 23 February 2018

3 Makanan Penting Untuk Seorang Runner



Hello guys! Ada yang suka ikut running ka sini? Siapa suka kita geng Haha! Suka kumpul itu medal, cantik semuanya 😍

Nah sebab saya suka ikut running, hari ini saya akan share makanan yang penting untuk seorang runner.

Selamat membaca! 

1. Pisang


Pisang adalah antara makanan terbaik untuk pelari sebelum larian bermula. 

Hidangan pisang hampir semua karbohidrat. Pisang besar mengandungi lebih daripada 30 gram karbohidrat, hanya 1 gram protein, dan tidak mempunyai lemak apa pun.

Pisang membantu untuk meningkat stamina dan tenaga semasa berlari. Lepas ni boleh la makan pisang sehari sebelum berlari. 

2. Oat 


Ahli pemakanan sukan mengesyorkan agar pelari mendapatkan lebih kurang 60 peratus daripada kalori harian mereka dari karbohidrat untuk memaksimumkan prestasi senaman.

Hidangan oat menyediakan 27 gram karbohidrat yang berkhasiat setiap 1/2 cawan malah ianya mempunyai kandungan indeks glisemik rendah, jadi tenaga yang disediakan adalah tahan lebih lama.


3. Green Tea


Teh hijau mengandungi kepekatan tinggi kelas antioksidan yang dipanggil katekin.

Kajian-kajian lain telah menunjukkan bahawa teh hijau mengurangkan kesan radikal bebas kepada tisu otot semasa latihan. 

Kandungan kafein dalam teh hijau ini membantu meningkatkan prestasi dalam perlumbaandengan merangsang sistem saraf dan mengurangkan rasa penat berlari.

Banyak lagi sebenarnya makanan yang baik untuk pelari, tapi hari ini saya share 3 ini saja. 

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

From,
Cheryl Johnny.