Tuesday, 20 February 2018

5 Cara Untuk Dapatkan Kulit Yang Sihat Dan Awet Muda



Impian semua orang untuk dapatkan kulit yang sihat kan? Saya pun begitu juga.

Bestnya bila orang nampak kita awet muda kan? Disangka baru 30an, rupanya sudah dalam lingkungan umur 40an. 😍

Hari ini saya senang hati untuk kongsikan cara untuk dapatkan kulit yang sihat dan tampak muda.

Enjoy reading! 😊

Cara pertama ini merupakan cara yang paling ringkas sekali. Back to basic! 

1. Minum air yang secukupnya



Seperti yang kita tahu, cara paling basic untuk dapatkan kulit yang sihat ialah dengan minum air yang secukupnya.

Jangan minum pada waktu kita haus sahaja. Minum air sesuai dengan berat badan kita ataupun minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. 

Ini membantu kita untuk mengelakkan kulit kita daripada kering. Bila kita mengalami dehidrasi, kulit kita akan menjadi semakin berminyak yang boleh menyebabkan skin breakout. 

Jadi minumlah air yang cukup untuk mengekalkan kelembapan kulit kita. 


2. Tegangkan kulit dengan pengambilan kolagen



Kolagen ini terdapat dalam kulit kita. Ia membantu untuk mengekal keanjalan kulit kita. Tanpa pengambilan kolagen, krim anti penuaan kita tidak akan berkesan seperti yang kita mahukan.

Dengan pengambilan kolagen yang cukup ia akan membantu meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan kedutan pada muka kita.

3. Amalkan pengambilan Vitamin C



Vitamin C membantu mempercepatkan membaik pulih kulit kita dengan mengurangkan kedutan dan melegakan kulit kering.

Ianya juga bersifat antioxidant, membantu meneutralkan kesan daripada radikal bebas keatasa diri kita. Ia juga sangat diperlukan untuk membantu kolagen menegangkan kulit dan untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat.

4. Berikan diri anda senaman muka



Senaman muka merupakan salah satu cara yang penting untuk menjaga kesihatan muka kita tapi sangat jarang dilaksanakan.

Ia membantu meningkatkan peredaran tisu muka kita yang  mendorong kepada kulit yang sihat dengan natural glowing. 

Ia juga membantu merangsang pembentukan kolagen dan elastin dengan lebih mantap lagi. Kulit akan menjadi lebih lembut dan tegang serta kedutan pun akan berkurang. 

5. Gunakan skincare yang sesuai dengan kulit kita.




Bina kulit yang sihat dengan memilih set penjagaan muka yang tepat untuk kulit muka kita.

Cari produk yang mengandungi kandungan yang natural, selamat dan mempunyai bahan terbukti yang dapat memulihkan dan merawat kulit daripada kesan penuaan supaya kita kelihatan lebih muda setiap hari. 

Berhati-hati dengan produk yang mengandungi bahan kimia yang merbahaya yang boleh menyebabkan kulit kita menjadi kemerah-merahan, kegatalan dan keradangan. 

Gunakan skincare setiap hari kerana ia merupakan cara yang paling penting untuk mengekalkan kulit muka yang sihat. 

Mahu tahu lebih lanjut tentang Skin Care yang boleh anda untuk kelihatan lebih muda 10 tahun daripada umur? Boleh baca pada entri lalu saya, Rahsia Kulit 10 Tahun Lebih Muda dengan Set Penjagaan Muka YOUTH. 

Semoga bermanfaat untuk kita semua! 

From, 
Cheryl Johnny.