Wednesday, 28 February 2018

Cara Untuk Merawat Kurap Ayam Secara Semulajadi



Hello guys! Hari ini saya mahu kongsikan 2 cara untuk merawat kurap ayam secara semulajadi. 

Ingin tahu bagaimana cara saya untuk hilanhkan kurap ayam dalam masa 2 hari saja boleh baca disini " Cara Mudah Untuk Hilangkan Kurap Ayam "

Jom kita baca point yang pertama.

1. Bawang Putih


Sejak dari dahulu lagi, bawang putih sudah digunakan oleh manusia untuk membasmi jangkitan yang disebabkan oleh kulat ataupun bakteria.

Bawang putih merupakan antibiotik semulajadi yang boleh membantu untuk meningkatkan imun sistem badan kita.

Allicin yang terdapat dalam bawang putih bertindak sebagai anti-kulat sangat membantu untuk merawat kurap ayam.

Bagaimana merawat kurap ayam dengan bawang putih?

1. Ambil seulas bawang putih dan buangkan kulitnya.

2. Cincang bawang tersebut sehingga menjadi halus atau belah kepada dua bahagian.



3. Oleskan bawang yang telah dicincang itu pada kawasan yang mempunyai kurap ayam dan tunggu beberapa minit. Biar "getah putih" pada bawang itu dioles pada bahagian tersebut.

4. Bersihkan dengan air bersih selepas beberapa minit.

Elakkan membuat langkah ini setiap hari untuk mengelakkan keradangan pada kulit.

2. Lidah Buaya


Lidah buaya juga sesuai digunakan untuk mengatasi masalah ini. 

Ambil gel daripada batang lidah buaya tersebut dan oleskan pada kawasan kurap ayam tersebut.

Ianya membantu menghilangkan kurap ayam tanpa meninggalkan sebarang kesan. 

Lepas ni tiada alasan lagi tergaru-garu kegatalan, malu lah orang nampak. Semoga tips ini bermanfaat untuk semua. 

From, 
Cheryl Johnny.