Friday, 2 February 2018

Makanan Sihat Untuk Kulit Kering

Atasi Masalah Kulit Kering Dengan 3 Makanan Sihat ini. 


Hai semua! Hari ini pula saya akan kongsikan makanan sihat yang boleh membantu kita untuk mengatasi masalah kulit kering. 

Keyakinan untuk berhadapan dengan orang pun berkurang kan bila kulit muka sentiasa kering? 

Jom baca untuk mengetahui makanan yang baik untuk kulit kering kita. 

Sedia? 

Okay jom kita baca. 

1. Timun 



Macam tidak percaya pula kan timun ni boleh bantu selesai kulit kering. Patutlah masa kecil dulu lembut ja kulit, suka betul makan timun. 

Percaya atau tidak, timun bukan sahaja boleh membantu atasi masalah kulit kering tapi juga membantu untuk mengurangkan jerawat pada muka kita. 

Boleh pilih untuk makan begitu sahaja selepas dibuka kulitnya atau pun boleh pilih untuk dibuat masker. 

Bagaimana caranya?

1. Pertama sekali kita buka kulit dan bijinya terlebih dahulu.

2. Potong timun tersebut kepada potongan yang kecil supaya mudah untuk dikisar. 

3. Masukkan dalam pengisar bersama dengan isi lidah buaya. 

4. Kisar sehingga halus. 

5. Bolehlah oles kan pada muka. Biarkan selama beberapa minit mengikut keselesaan anda. 

6. Bilas muka dengan air bersih. 


Makanan sihat yang kedua pula ialah Lobak Merah. 



Who doesn't love a carrot? Sedap dimasak dengan sup. 

Lobak merah sangat membantu atasi masalah kulit kering. 

Bila kita selalu terdedah dengan cahaya matahari, sel-sel kulit muka kita akan terjejas. 

Tapi kandungan beta carotene yang ada dalam lobak merah membantu kita untuk melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel.

So start hari ini jom rajinkan diri makan lobak merah. Bagus untuk kesihatan mata juga kan? 

Mempunyai Vitamin A iaitu salah satu vitamin yang penting untuk anti Penuaan. 

Lepas ni boleh la campur lobak dalam setiap sayuran yang kita masak atau boleh cuba hasilkan jus. Yummy!

Makanan sihat yang ketiga ialah sayur bayam. 


Banyak vitaminn yang terdapat dalam sayur bayam ini. Antaranya ialah Vitamin ACE. 

Tahukan ketiga-tiga vitamin ini merupakan gabungan mantap untuk awet muda. Membantu untuk mengurangkan sel-sel penuaan. 

Jangan masak sayur bayam ini dengan suhu yang tinggi dalam tempoh masa yang panjang supaya kita masih dapat menikmati nutrisi yang terdapat dalam sayur ini. 

Kulit muka lebih lembut dan anjal dengan sayur bayam. Boleh cuba buat masker juga ya! 

Plus ianya bagus juga untuk kesihatan rambut kita. 

Sekarang sudah tahu kan makanan yang baik untuk kesihatan kulit kita? Jom amalkan untuk miliki kulit yang lebih sihat dan anjal. 

Jangan lupa juga minum air yang cukup. Sekurang-kurang 2 botol air mineral besar untuk membantu proses melembutkan kulit. 

Selamat mencuba! ❤️