Wednesday, 7 February 2018

Makanan untuk Tulang Yang Sihat.

Makanan yang baik untuk kesihatan tulang


Hai semuanya! 

Dalam entri lepas saya sudah kongsikan cara untuk hilangkan sakit tulang belakang dengan cepat, hari ini pula saya akan kongsikan beberapa makanan yang baik untuk tulang kita. 

Jangan sangka yang warga emas sahaja ada sakit belakang, yang muda-muda pun selalu kena juga. 

Pastikan kanak-kanak mendapat sumber kalsium yang cukup supaya risiko untuk mendapat Osteoporosis makin berkurang. 

Jom kita baca makanan apa yang bagus untuk tulang kita ni.

Tingkatkan pengambilan Makanan

1. Kalsium



Kalsium bukan sahaja bagus untuk pembentukan tulang kita tapi juga baik untuk sistem saraf dan otot kita. 

Pastikan kita mendapat sumber kalsium yang cukup supaya badan kita tidak mengambil kalsium daripada tulang kita. Hal ini akan menyebabkan Osteoporosis terjadi. 

3. Sayur Daun Hijau


Kalau mahukan tulang sentiasa sihat, makanlah sayur yang berwarna hijau. Sebagai contoh Sawi dan Bayam. 

Sumber kalsium dan magnesium banyak terkandung dalam sayur ini. 

4. Kacang Badam


Percaya atau tidak, kacang badam juga sangat membantu dalam menjaga kesihatan tulang kita. 

Jadi boleh pilih kacang badam lepas ni daripada kacang yang lain. 

5. Ostematrix 


Sumber kalsium terbaik! 1 biji Ostematrix ini bersamaan dengan 1 gelas susu dan 80 biji kacang badam. 


Wau! Tidak sanggup pula kan telan 80 kacang badam untuk dapat sumber kalsium yang cukup. 

Jangan risau telan Ostematrix pun lengkap sudah sumber kalsium untuk badan kita. 

Nota Kaki
Kurangkan pengambilan kafien setiap hari sebab kafein membantu dalam menyingkirkan sumber kalsium dalam badan kita melalui proses membuang air kecil. 

Kurangkan ya! Supaya badan kita tidak mengambil kalsium daripada tulang kita sendiri apabila kita tidak mengambil jumlah kalsium yang cukup setiap hari.

Pastikan juga kita mendapat cahaya matahari yang cukup, sebab ianya membantu kita untuk menghasilkan vitamin D yang boleh membantu penyerapan kalsium dalam badan kita. 

Mahukan tulang yang sihat? Makan makanan ini supaya tulang kita sentiasa kuat! 

From, 
Cheryl Johnny.