Wednesday, 14 February 2018

Tips Penting Untuk Turunkan Berat Badan

5 Tips Penting Untuk Turunkan Berat Badan.



Diet berlapar merupakan salah satu cara yang tidak sesuai sekiranya anda dalam misi turunkan berat badan. Mahu tahu kenapa? 

Jom baca entri ini sehingga habis. 

Ketahui tips yang betul jika anda inginkan berat badan turun tanpa memudaratkan tubuh badan sendiri.


1.  Minum air putih yang cukup sesuai dengan berat badan.

Minum air yang cukup sangat membantu untuk turunkan berat badan.

Ia membantu meningkatkan metabolisma tubuh untuk membakar kalori dengan lebih cepat.

Jadi pastikan anda minum yang cukup ya! 2 liter untuk setiap 25KG, Ia boleh membantu juga untuk kurangkan rasa lapar.


2. Kurangkan/ elakkan minum minuman bergas dan manis.

Seperti yang kita tahu minuman bergas mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Tahukah gula juga boleh menyumbang kepada pembentukan lemak dakam badan kita?

Jadi lepas ni berusaha untuk kurangkan minum minuman bergas.


3. Jangan SKIP sarapan pagi

Pengambilan sarapan pagi sangat penting jika anda ingin turunkan berat badan.

Kadar metabolisme akan meningkat untuk membakar kalori bila kita ambil sarapan pagi.

Ia juga membantu kita untuk kurangkan pengambilan makanan pada waktu makan tengahari sebab tidak berlapar dari pagi. 

Bila kita berlapar, ia akan menyebabkan kita untuk makan dalam kuantiti yang lebih besar. 

Pastikan ambil sarapan ya! 😊


4. Makan dalam kuantiti yang sedikit

Kurangkan pengambilan makanan kita daripada sebelumnya, Sebagai contoh, setengah piring sahaja. 

Kalau rasa susah boleh gunakan pinggan yang kecil. Kini makanan yang anda akan nikmati akan kelihatan besar walaupun hakikatnya ia hanya setengah piring daripada makanan anda sebelumnya.

Tidak percaya? Cuba apply dulu barulah tahu kan? 


5. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

Tips yang tidak boleh tinggal semasa on mission. Harus amalkan ya

Sebab dengan melakukan senaman seperti jogging ia akan membantu untuk mempercepatkan pembakaran kalori.

Jadi usahakan untuk lakukan tips ini jika ingin turunkan berat badan tanpa memudaratkan badan kita sendiri.

Mau tahu cara yang lain? Boleh baca di entri sebelumnya Cara Untuk Turunkan Berat Badan Tanpa Berlapar.

Selamat mencuba! 

From,
Cheryl Johnny.