Friday, 23 March 2018

3 Amalan Yang Boleh Membantu Mengurangkan Masalah Jerawat


Pada entry lalu saya sudah kongsikan beberapa jenis makanan yang boleh memberi reaksi jerawat atas muka kita. Info lanjut boleh baca sini "5 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Jerawat Tumbuh".

Selain mengurangkan 5 jenis makanan ini dalam pemakanan seharian, kita juga boleh amalkan beberapa amalan untuk mungurangkan masalah jerawat ini. 


Amalan yang dapat membantu mengurangkan masalah jerawat adalah seperti berikut: 

1. Minum Air Masak Setiap Hari


Minum air masak yang secukupnya sesuai dengan berat badan kita sendiri. Seperti yang kita sedia maklum untuk setiap 25KG, badan kita memerlukan 1.5 liter air. Bila berat mencapai 50KG maka 3 Liter air perlu diminum setiap hari. 

Ini amalan yang paling mudah sudah ni, minumlah air yang cukup sebab badan kita ni sebenarnya 70% dipenuhi dengan air, bila kurang air dalam badan macam-macam boleh berlaku. Lepas ini jangan pandang remeh lagi tentang keperluan air dalam badan kita ya. 

Minum jangan tidak minum! 

2. Makan Buah-Buahan dan Sayuran

Kaya dengan antioksidan yang membantu kulit anda lebih sihat dari dalam

Seperti yang kita sedia maklum, buah-buahan dan sayuran mempunyai banyak khasiat yang boleh membantu kurangkan masalah jerawat ini. 


Apabila kita lebihkan sayur dan buah-buahan dalam pemakanan kita, maka lebih mudah untuk kita memiliki kulit muka yang lebih sihat lepas ni.

3. Amalkan cara memasak stim/mengukus



Percaya atau tidak memasak secara stim boleh membantu mengelakkan toksin dalam badan kita bertambah. Bila toksin dalam badan bertambah, macam-macam pun boleh jadi kan? Jerawat pun boleh bertambah tu

Makanan yang dimasak pada suhu yang tinggi atau lebih daripada 150 darjah celcius akan meningkatkan risiko kolestrol tidak baik (LDL). Lepas ini boleh lah kurangkan masakan bergoreng kan? 

3 amalan ini boleh membantu untuk kurangkan masalah jerawat lepas ini. Kurangkan makanan berminyak lepas ni, confirm kulit kelihatan sihat. Selamat mencuba! 

Penggunaan skincare yang tepat juga boleh membantu untuk mengatasi masalah jerawat. Youth Skincare boleh memadamkan 10 tahun penuaan. Mahu tahu apa bestnya tentang YOUTH ni? Boleh baca sini "Keunikan Youth Shaklee"

Jumpa lagi di next entry! 

Love,
Cheryl Johnny
Trusted Shaklee Distributor.