Wednesday, 7 March 2018

3 Buah-Buahan Yang Membantu Melambatkan Penuaan.



Siapa lah yang tidak mahu muka yang sentiasa awet muda? Tidak kira lah lelaki ataupun perempuan, semua pastinya menginginkan kulit yang sentiasa awet muda.

Awet muda seperti Song Ji Hyo, salah satu ahli Running Man. Beliau akan mencapai 37 tahun pada bulan August nanti tapi mukanya masih kelihatan seperti 20an. Best kan? Kelihatan lebih muda daripada umur sebenar.

Ada banyak cara yang kita boleh lakukan untuk mendapatkan wajah yang sentiasa awet muda tanpa membelanjakan wang banyak dengan melakukan Facial.

Cara ini merupakan cara yang paling senang dan dapat kita lakukan di rumah setiap hari. Hanya perlu makan buah-buahan yang buat anda awet muda.

Hari ini saya hanya akan kongsikan 3 buah-buahan yang membantu melambatkan penuaan. Jom baca! 😍

1. Avokado


Buah avokado ini tidak asing lagi untuk kesihatan dan kecantikan kulit kita. Kandungan kompleks Vitamin E dan B terdapat dalam avokado sangat membantu untuk menggalakkan penghasilan kulit yang sihat.

Avokado juga mempunyai kandungan asid oleic dan asid lemak omega-9 membantu kulit anda mengekalkan kelembapan pada lapisan luar kulit. Ianya membantu untuk mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit kita.

Jom amalkan Avokado setiap hari untuk awet muda senantiasa.

2. Anggur



Anggur juga tidak asing lagi dalam hal awet muda. Ianya sangat membantu untuk melambatkan penuaan kulit kita.

Kandungan vitamin C dalam anggur membantu untuk menghasilkan kolagen dalam badan kita. Kolagen membantu untuk mengurangkan kedutan pada muka kita.

Anggur juga mempunyai vitamin A yang membantu untuk meningkatkan daya penglihatan. Ianya juga bertindak sebagai anti oksidan tubuh kita dan membantu dalam proses mencerahkan warna kulit.


3. Tomato



Buah tomato yang sering dianggap sayur ini mempunyai kandungan lycopene tinggi yang menjadi penghalang sinar UV secara semula jadi.

Selain daripada mempunyai kandungan vitamin C, ia juga mempunyai kandungan beta karoten.

Beta karoten ini membantu untuk melawan radikal bebas yang merupakan salah satu penyebab penuaan.

3 buah ini membantu untuk melambatkan penuaan. Start hari ini boleh lah kita amalkan buah ini setiap hari biar kita sentiasa awet muda amalkan pemakanan yang sihat.

Mahu tahu juga produk penjagaan muka yang dapat memadamkan 10 tahun penuaan? Info lanjut disini YOUTH SKINCARE 

Semoga info ini bermanfaat untuk kita semua. Selamat membaca! 😊

From,
Cheryl Johnny.