Friday, 16 March 2018

4 Tips Untuk Mengambil Gambar Dengan Baik Menggunakan Telefon Anda.



Salah satu impian saya dari dulu memang mahu jadi seorang Photographer. Ambil gambar yang cantik dan menenangkan jiwa. Aiseh ! Tiada DLSR tidak apa, jangan risau. We still can capture a good photos with our phone. Jom kita baca tipsnya. 

ARE YOU READY TO LEARN THE TIPS?

1. Learn The Rules of Third.





The rule of third ini bukan bermaksud tips yang ketiga ya. Ianya bertindak sebagai panduan yang membantu kita untuk membingkai gambar yang kita ambil dengan betul. 

Kita perlu bayangkan gambar yang kita ambil berpecah kepada sembilan segi empat tepat. Kita juga perlu menjaga objel penting dan unsur-unsur yang seiring dengan garisan atau dekat dengan garisan yang bersilang. 

Dengan aplikasi kamera yang terdapat dalam telefon, kini kita tidak perlu lagi membayangkan garisan segi empat tersebut.



Untuk Android, cari butang setting pada kamera kemudian pilih grid. 


2. Cari Sokongan Yang Stabil.



Untuk mengambil gambar yang banyak, tangan yang stabil adalah sangat penting terutama apabila menhadapi situasi kurang pencahayaan. Telefon kita susah untuk mendapatkan cahaya yang banyak ke arah kanta. 

Anda boleh membeli  Tripod untuk mendapatkan hasil yang terbaik tetapi ia juga merupakan satu benda yang kita perlu bawa dimana pun kita mengambil gambar. 

Jika anda tidak mempunyai Tripod, kita perlulah mencari benda lain yang boleh memastikan telefon kita berada dalam keadaan yang stabil seperti meja. 

Self Timer yang terdapat dalam telefon kamera kita juga boleh membantu. Letakkan telefon anda atas rak dengan Self Timer supaya tiada pun yang ketinggalan untuk mengambil gambar bersama-sama.

3. Ubah Fokus Kamera Anda



Telefon Android ataupun Iphone yang ada guna, anda boleh menekan skrin untuk menukar fokus kamera. 

Ia akan mengubah aras pendedahan supaya dapat dipadankan dengan tempat yang pilih untuk mengambil gambar. Ia membantu untuk mencerahkan kawasan yang gelap.

4. Gunakan Shutter Button



Untuk memastikan kamera telefon kita sentiasa berada dalam keadaan yang stabil semasa mengambil gambar dengan memicit butang kamera pada skrin tidak selalunya mudah. Kadang-kadang ia akan menyebabkan gambar yang kita ambil berada dalam keadaan yang kabur.

Kita dapat mengatasi masalah masalah ini dengan menggunakan shutter button untuk mengambil gambar. Ia mungkin bukanlah pilihan yang terbaik namun ia merupakan alternatif yang berguna dalam sesetengah keadaan yang kita lalui. 

Hari ini kita belajar 4 tips sahaja, 4 lagi di entry akan datang. So stay Tuned guys! 


I learn this tips on this blog 8 Tricks To Take Better Photos With Your Phone


Semoga tips ini bermanfaat kepada kita semua. 

Ingin tahu tips juga dalam penyusuan bayi? Boleh klik sini Penyusuan Bayi.

Love, 
Cheryl Johnny.