Wednesday, 21 March 2018

5 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Jerawat Tumbuh



Jerawat ni boleh datang tanpa kita duga. Tidak kiralah tua atau pun muda, semua pasti akan mengalami yang namanya jerawat. 

Macamlah juga kisah saya sendiri dengan adik perempuan saya. Jerawatnya lebih teruk daripada saya sehingga orang lain menyangka adik saya lebih matang daripada saya. Bahaya pula jerawat ni kan, sampai boleh ubah pandangan orang lain.  Haha! 

Hari ini saya akan kongsikan 5 jenis makanan yang boleh menyebabkan jerawat tumbuh dengan subur.

PEMAKANAN! PEMAKANAN!

Kita mesti peka terhadap makanan yang kita ambil setiap hari. Macam Aunty saya bila termakan kacang, sanalah jerawat akan tumbuh dengan subur atas muka. Bila tahu kacang boleh menyebabkan jerawat tumbuh subur, maka makin kurangla si aunty makan kacang.

Sebab tu kita perlu peka dengan pemakanan kita, supaya masa akan datang kita boleh elakkan makanan yang boleh membuatkan jerawat naik dengan cepat. Kita tidak dapat elakkan bila kita tidak tahu apa jenis makanan yang menyebabkan banyak jerawat tumbuh kan?

Tiada sebarang makanan pun yang boleh menyebabkan timbulnya masalah jerawat pada kulit anda tetapi reaksi tubuh anda terhadap makanan itu sendiri - Dr Hasseenah

Antara jenis makanan yang boleh menyebabkan reaksi jerawat.

1. Makanan berlemak dan bergoreng 


Meningkatkan kandungan glukosa (gula) dalam darah dari kabohidrat dan lemak. 

2. Makanan dari produk tenusu


Kandungan lemak dan hormon yang tinggi dalam susu lembu  boleh menyebabkan alahan

3. Makanan dari karbohidrat yang diproses 


Kandungan gula yang diproses tinggi.

4. Minuman berkafein dan berkarbonat


Menyebabkan kelenjar adrenalin merembeskan hormon penyebab stress dan juga boleh mengganggu tidur anda. Minuman berkabonat juga mengandungi kandungan gula yang tinggi iaitu lebih kurang 7 sudu teh gula untuk setiap tin minuman. Kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan kulit berminyak.

5. Makanan yang diproses atau ditinkan

Mana-mana makanan bukan dari sumber asli dianggap tidak sihat untuk dimakan 

Sumber - http://www.drhasseenah.com/

Masalah jerawat boleh dikurangkan sekiranya kita mengurangkan pengambilan jenis makanan di atas ini. Bukan STOP makan tapi hanya perlu kurangkan. Confirm! Masalah jerawat akan berkurangan.

Tapi tidak cukup dengan itu kita juga perlukan vitamin ataupun nutrisi yang cukup untuk menghalang radikal bebas ke atas diri kita. Radikal bebas pun boleh menyebabkan jerawat tumbuh ya. 

Sustained Release Vitamin C Plus boleh bantu kita untuk nuetralkan radikal bebas dalam badan kita. Mahu tahu juga cara untuk hilangkan Jerawat berkawah boleh cek sini Cara Untuk Hilangkan Parut Jerawat Berkawah


Semoga entry ini bermanfaat kepada kita untuk semua. Jumpa di next entry ya!

Love,

Cheryl Johnny

Your Trusted Shaklee Distributor