Wednesday, 28 March 2018

Makanan Terbaik Untuk Kulit Cantik Berseri


6 Buah-Buahan Yang Baik Untuk Kulit Anda.

Hai semua. Pada entry lalu Cheryl sudah kongsikan bagaimana liang pori terbuka berlaku. Boleh baca info lanjut di sini ya "Punca Dan Cara Untuk Mengatasi Liang Pori Terbuka Dengan Berkesan"

Hari ini pula Cheryl akan kongsikan pula 6 jenis buah-buahan yang buat kulit kita tetap cantik berseri. Kenapa buah ini baik untuk kulit? Sebab dalam buahan-buahan kita boleh temukan karbohidrat, vitamin, mineral, pektin dan selulosa, protein dan asid amino. Pastinya buah-buahan ini bukan sahaja baik untuk kesihatan kita tapi juga membantu kita untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat.

Atasi Masalah Kulit Kusam Dengan Set Kulit Cantik Shaklee

Jom kita baca apa buah yang baik untuk kulit kita.

Set Kulit Shaklee untuk Kulit Gebu
An apple a day keep the doctor away

Epal


Epal hijau diperkaya dengan  Vitamin A, B dan C. Ia bukan sahaja menjaga kesihatan kulit dari luaran tetapi juga dari dalaman kulit. 

Kandungan vitamin C dalam epal boleh membantu kita untuk melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel kulit kita. 

Epal juga membantu membersihkan usus kita dengan kandungan serat yang terdapat dalam buah ini. Usus yang sihat membantu kita untuk memiliki kulit yang bebas dari jerawat. Jom makan sebiji epal setiap hari.

Hilangkan Jeragat dengan Youth Skincare
Lemon boleh membantu mencerahkan wajah dengan semulajadi.

Lemon


Kandungan vitamin c yang terdapat dalam lemon ini pastinya baik untuk kulit kita. Asid organik yang terdapat dalam lemon ini sangat produktif untuk meningkatkan tahap kecantikan kulit kita. 

Vitamin C sangat penting untuk penghasilan kolagen dalam badan kita. Sesuai dengan kandungan vitamin C yang tinggi dalam buah ini, maka kulit kita akan kelihatan lebih berseri. Bye-bye kulit kusam~

Hilangkan Kulit Kusam Dengan Youth Skincare
Buah delima membantu kita untuk mengatasi masalah pigmentasi.


Delima


Buah delima ini boleh membantu kita untuk mendapatkan kulit yang sihat. Itupun kalau kita amalkan dengan konsisten dan diambil secara teratur.

Buah delima mempunyai Vitamin ACE iaitu vitamin yang boleh membantu memperlambatkan proses penuaan kita. Buah ini juga diperkaya dengan antioksidan yang membantu kita untuk melindungi kulit kita daripada pancaran matahari. Ianya mampu membantu kita untuk melindungi luaran kulit serta memperbaiki kulit kita dari dalam.


Hilangkan Jeragat Dengan Youth Skincare Shaklee
Buah kiwi membantu meningkatkan kelembapan kulit muka kita.

Kiwi


Ini merupakan salah satu buah kegemaran Cheryl. Buah kiwi ini mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi malah lebih tinggi daripada kandungan Vitamin C yang terdapat dalam buah oren. Ianya bukan sahaja baik untuk tingkatkan sistem imun badan kita malah membantu kurangkan jerawat dan kedutan.

Kiwi juga mempunyai kandungan Vitamin E yang boleh membantu mencerahkan kulit secara alami. Sebiji kiwi sehari dapat meningkatkan kesihatan kulit kita.


Hilangkan Jeragat Dalam Masa 14 hari Dengan Youth Shaklee
Buah betik membantu mencegah tanda-tanda penuaan.

Betik 


Seperti buah delima, buah betik juga mempunyai kandungan Vitamin ACE dan antioksidan. Tidak lupa juga Vitamin K. Buah ini bukan sahaja membantu mencerahkan kulit kita malah ia juga membantu mengekalkan kelembapan pada muka kita. Hal ini disebabkan oleh kandungan air yang terdapat dalam buah ini maka kulit kita akan menjadi lembut dan lembap.


Vitamin C untuk Kulit Lebih Anjal
Serat yang terdapat dalam nenas bagus untuk kesihatan usus.

Nenas


Makan buah nenas 3 kali seminggu dapat membantu kita untuk mendapat kulit muda remaja. Hal ini kerana buah nenas boleh membantu menggalakan penghasilan kolagen dalam badan kita. Lebih banyak kolagen yang terhasil maka lebih teganglah muka kita. ( https://www.wanista.com/ )

Jus nenas boleh membantu kita untuk membersihkan sel kulit mati. Buah nenas juga baik untuk melembapkan kulit kita sama seperti buah betik, nenas juga mempunyai kandungai air yang banyak untuk membantu melembapkan kulit kita.

Inilah 6 buah yang boleh membantu kita untuk mendapat kulit yang sihat dan cantik berseri. Di sambil mengamalkan buah-buahan ini, kita juga harus kurangkan makanan yang berminyak dan yang paling penting amalkan 1.5 liter air sehari sesuai dengan berat badan kita. Selamat mencuba! 

Baca juga: Set Hamil Shaklee

Love,
Cheryl Johnny
Your Trusted Shaklee Distributor.