Friday, 30 March 2018

Makanan Yang Perlu Dielakkan Jika Anda Mempunyai Gout


6 Jenis Makanan Yang Kita Perlu Elakkan Jika Anda Mempunyai Gout


Hai semua. Hari ini Cheryl mahu kongsikan makanan yang boleh menyebabkan keradangan bertambah. Apa itu gout? Gout adalah keradangan dan sakit sendi yang disebabkan oleh pengumpulan asid urik dalam badan kita. 

Selain daripada  kurangnya perkumuhan asid berlaku di buah pinggang, pengambilan makanan  yang mengandungi purine yang tinggi juga boleh menyebabkan asid urik semakin bertambah dalam badan.

Kurangkan Asid Urik Dengan Suplemen Shaklee

Badan kita sememangnya memberi reaksi yang berbeza terhadap makanan tersebut. Mungkin ada beberapa makanan yang tidak akan mempengaruhi gout anda dan mungkin ada. Jom kita lihat apakah makanan yang perlu kita elakkan atau perlu kita kurangkan.

Kurangkan Asid Urik Dalam Badan Dengan Omegaguard
Daging yang berwarna merah mempunyai kandungan purine yang tinggi.

Daging Merah

Pengambilan daging dalam pemakanan kita boleh menyebabkan keradangan berlaku. Jika anda ingin memakan daging juga, pilih lah daging yang berwarna putih. Hal ini kerana daging yang berwarna merah mempunyai kandungan purine yang tinggi berbanding daging berwarna putih yang hanya mempunyai kandungan purine yang sederhana.

Antara daging merah yang kita perlu elakkan ialah daging kambing, lembu dan sapi. 


Kurangkan Asid Urik Dengan Suplemen Shaklee
Pelbagai jenis makanan laut juga boleh meyebabkan keradangan.

Makanan Laut

Kita perlu ambil perhatian terhadap pengambilan makanan laut ini. Hal ini kerana tubuh badan kita akan memberikan reaksi yang berbeza terhadap makanan yang berbeza. Sebagai contoh, ketam akan menyebabkan keradangan tapi bila makan kerang pula keradangan tidak berlaku.

Itu sebab pentingnya untuk kita peka terhadap pengambilan makanan seharian kita. Antara makanan laut yang kita perlu hati-hati ialah ikan sardin, ketam dan kerang.

Ada lagi makanan laut yang boleh menyebabkan keradangan? Cuba list di bahagian komen.

Atasi Masalah Gout Dengan Suplemen Shaklee
Bayam juga salah satu sayur yang kita perlu kurangkan untuk elakkan keradangan.

Bayam

Kita masih boleh amalkan sayur bayam ini tapi kena kurangkan pengambilannya. Hal ini kerana sayur bayam ini tergolong dalam makanan yang mempunyai kandungan purine yang sederhana. Ianya masih boleh kita makan tapi kena hati-hati dan peka. Takut ianya akan menyebabkan keradangan bertambah teruk

Kurangkan Asid Urik Dengan Suplemen Shaklee
Timun juga salah satu makanan yang kita perlu kurangkan.

Timun

Ini merupakan info baru yang Cheryl pelajari. Rupanya ada juga sayur yang tergolong dalam golongan sejuk. Selama ini tidak pernah tau pun. Haha! Semua jenis sayur yang tergolong dalam golongan sejuk juga akan menyebabkan keradangan berlaku. Antara sayur yang kita perlu elakkan ialah timun dan juga taugeh.


Kurangkan Asid Urik Dengan Vivix Shaklee
Makanan atau minuman berperisa soya haruslah dikurangkan.

Soya

Apapun jenis makanan atau minuman yang berperisa soya ianya boleh menyebabkan keradangan. Baru-baru ini saya juga mengalami gout(muda-muda sudah kena gout 😂 jagalah pemakanan kamu ya) bila minum minuman berperisa soya, ada keradangan berlaku. Pandai sudah sakit-sakit tu kaki.

Mungkin ada yang tidak merasa sakit kaki apabila meminum soya sebabnya kita semua mempunyai diet, komposisi badan, dan minum kualiti air yang berbeza. So kena peka lah terhadap pemakanan kita.

Asid Urik Menurun Dengan Amalkan Suplemen Shaklee
Apapun jenis kacang yang kita makan boleh menyebabkan keradangan berlaku.

Kacang

Rupanya kacang pun boleh pula menyebabkan serangan gout.  Ini hasil dari pertanyaan melalui laman sosial Facebook. Ayahnya yang mengalami gout tidak boleh memakan apa jenis kacang pun. Kalau tidak keradangan akan berlaku. Lepas ni boleh agak sudah kan apa makanan yang tidak harus elak.

6 makanan ini boleh meningkatkan asid urik dalam badan kita. Kandungan protein yang tinggi di dalam makanan di atas akan ditukarkan ke satu bahan di dalam badan dipanggil "Purine" dan kemudiannya ditukarkan ke sejenis bahan dipanggil asid urik. Asid urik yang tinggi kemudiannya membentuk kristal dan melekat di kawasan sendi-sendi dan menyebabkan kesakitan. 
Sumber (http://drazwan.blogspot.my/?m=1) 

Lepas ini boleh la kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan protein yang tinggi.

Apa lagi makanan yang kita perlu elakkan selain daripada empat yang saya listkan ini? Cuba share di komen. Hihi


Love,
Cheryl Johnny
Your Shaklee Independent Distributor.