Wednesday, 14 March 2018

Tips Paling Mudah Untuk Hilangkan Bau Badan




Susahnya bila badan, ketiak dan kaki berbau kan? Orang kalau depan kita mungkin relaks saja berdepan dengan kita, tapi dalam hati tidak tahan bau badan kita. 

Bukan kita mahu keadaan begini kan? Kawan perempuan saya selalu mengaduh badannya berbau, cepat berpeluh dan dia berasa malu dengan keadaan itu.

Bila kita tidak membuang setiap hari maka toksin dalam badan kita dikeluarkan melalui peluh. Bila badan berpeluh haahh sana lah bakteria "bekerja" maka terhasilah bau badan yang kita tidak mahu itu.

Tapi jangan risau hari ini saya akan kongsikan tips yang paling mudah untuk hilangkan bau badan kita.


1. Mandi dengan sebersih-bersihnya.


Ini tips paling asas yang kita lakukan setiap hari. Sebelum bertolak pergi bekerja, mandilah terlebih dahulu. Gosok bahagian yang kerap berbau seperti ketiak atau celah paha kita. 

Ini bahagian yang paling cepat berbau ni, mohon sental kuat-kuat ya! 😂

2. Jaga pemakanan seharian 


Tahukah kamu bahawa beberapa makanan juga boleh mempengaruhi bau badan kita? Ya, sangat boleh.

Boleh baca sini untuk mengetahui jenis makanan tersebut "Punca Dan Cara Mengatasi Bau Badan"

Makanlah sayur-sayuran atau buah-buahan yang baik untuk penghadaman kita. Bila kita makan makanan yang kurang berkhasiat, makan bau badan yang keluar dalam badan kita juga tidak sedap dihidu.

3. Elakkan makanan pedas.


Bila nampak tips ini mesti sudah tahu kan kenapa kena kurangkan makanan pedas untuk elakkan bau badan? 

Bila kita makan makanan pedas, badan kita akan mengeluarkan peluh dengan lebih cepat dan banyak. Banyak peluh yang akan menitis keluar kan bila kita makan pedas kan? 

Bila peluh keluar apa jadi? Peluh akan diserang oleh bakteria maka badan pun akan mula berbau. 

Sekian tips dari saya hari ini. Semoga bermanfaat untuk kita semua! 😊

Love, 
Cheryl Johnny