Saturday, 19 May 2018

3 Jenis Gastrik Yang Perlu Diketahui Dan Tanda-Tanda Ianya Menjadi Kronik

Tanda-Tanda Gastrik Kronik Yang Perlu Diketahui Oleh Semua.

Pada entry yang lalu Cheryl ada kongsikan "Bagaimana Gastrik Berlaku Dan Cara Untuk Mengatasinya Dengan Berkesan" Dan "Petua Untuk Mengatasinya Dengan Selamat". Boleh klik entry teeus untuk mengetahui info lanjut.

Seperti yang kita ketahui gastrik ini boleh merosakkan atau menghakis dinding perut kita. Jika dibiarkan ianya akan menjadi semakin teruk dan memberikan kesan yang teruk kepada kita sendiri.

Terdapat 3 jenis gastrik yang perlu kita ketahui iaitu : 

1. Gastrik Ringan 
Berlaku pembengkakkan(Inflamasi) pada dinding perut kita yang bersentuhan dengan makanan iaitu esophagus.

2. Gastrik Berat 
Berlaku kecederaan atau luka yang berpanjangan pada bahagian dinding perut kita (Esophagus)

3. Ulser Gastrik 
Ianya merujuk kepada Ulser Perut yang membawa kepada luka yang agak teruk dalam perut kita.

3 Tanda-Tanda Gastrik Kronik 

1. Pedih Ulu Hati

Pengedar Shaklee Sabah - 0149517442
Pedih ulu hati salah satu punca gastrik kronik

Keadaan ini akan menyebabkan seseorang itu tidak berasa selesa dimana individu tersebut akan merasakan dada atau tekaknya seolah-olah seperti terbakar.

2. Muntah Dengan Kerap

Pengedar Shaklee Sabah - 0149517442
Hati-hati! Muntak dengan kerap juga salah satu tanda gastrik menjadi teruk.
Antara jenia muntah yang selaku dialami oleh individu yang mempunyai gastrik ialah jernih, kuning dan juga hijau dan ianya bergantung kepada tahap keterukan gastriknya.

3. Badan tidak aktif

Badan selalu lesu dan tidak aktif pun tanda gastrik teruk.
Apabila gastrik teruk menyerang sesorang maka secara automatinya badan individu tersebut akan menjadi lemah gemalai akibat daripada menahan sakit gastrik tersebut. 

Gastrik ini bukanlah asing lagi bagi setiap kita. Setiap pelajar sama dari sekolah rendah, sekolah menengah ataupun para pelajar universiti turut mengalaminya tanpa mengira jantina. Namun begitu kita boleh elakkan gastrik ini daripada menjadi semakin teruk dengan mengurangkan aktiviti-aktiviti atay makanan yang boleh menyebabkan asid terus merembers dengan banyak dalam perut kita.

Saya ada kongsikan link entry di atas. Semoga bermanfaat untuk kita semua! Jumpa lagi di next entry ya.



Love,
Cheryl Johnny
Trusted Shaklee Independent Distributor