Tuesday, 29 May 2018

4 Jenis Jerawat Yang Perlu Kita Ketahui.

Pada entry lalu Cheryl sudah kongsikan "Cara Untuk Kecutkan Jerawat Dengan Cepat Dan Selamat." Hari ini pula mari kita belajar tentang 5 jenis jerawat yang selalunya dialami oleh setiap kita. 

Bagaimana Jerawat Terjadi? 

Jerawat terjadi apabila liang pori kita tersumbat dan minyak, sel kulit mati ataupun bakteria tidak dapat keluar melalui pori-pori tersebut. Apapun jenis jerawat yang tumbuh pada muka kita jangan dipicit jika tangan kita belum dibersihkan. Hal ini untuk elakkan jerawat merebak ke tempat yang lain.


Komedo (Blackhead dan Whitehead)

Jerawat ini terjadi apabila minyak ataupun sel kulit mati bercampur dan menyebabkan liang pori kita tersumbat. Ia seolah olah ada benjolan kecil pada hidung atau pipi kita yang menyebabkan ianya kasar apabila disentuh.

Whitehead berlaku di dalam kulit kita manakala blackhead pula akan berwarna hitam apabila whitehead mulai semakim timbul atas kita.

Papula 

Kadang-kadang jerawat jenis komedo akan bertambah besar mulai keradangan maka ia akan disebut sebagai papula, jerawat yang lebih besar daripada komedo yang berisi nanah berwarna putih ataupun kuning.

Pustule

Jerawat jenis ini juga dari komedo yang telah mengalami keradangan. Ianya juga dipenuhi oleh nanah berwarna kuning ataupun putih. Ia akan kelihatan berwarna merah pada muka kita dan ianya lebih sensitif daripada jerawat yang sebelumnya.

Nodules

Jerawat jenis ini selalunya akan menjadi teruk apabila tidak dirawat terus. Ianya adalah berwarna merah dan kelihatan lebih besar daripada Papula dan Pustule.

Malah ia juga lebih sakit apabila disentuh dan ia akan muncul atas muka kita dalam tempoh masa yang lama berbanding jenis jerawat yang lain.  Jerawat ini lah yang akan menjadi parut berlekuk ataupun berlubang.

Jom atasi masalah jerawat sebelum ianya bertambah teruk. Apabila ianya bertambah teruk maka lebih susah la untuk menghilangkan parut jerawat tersebut. 

Sekadar ini perkongsian Cheryl pada hari ini. Semoga bermanfaat kepada kita semua. 


Love,
Cheryl Johnny
Trusted Shaklee Independent Distributor