Wednesday, 9 May 2018

Cara Untuk Mengecilkan Liang Pori Dengan 3 Bahan Yang Kita Boleh Dapatkan Di Rumah

Hai. Hari ini Cheryl akan kongsikan cara untuk kecilkan liang pori tanpa menggunakan apa-apa skincare pun. Tapi kalau kamu masih mahu tahu produk penjagaan muka yang boleh buat kulit kita 10 tahun lebih muda boleh la klik entry ni " Atasi Masalah Liang Pori Terbuka Dengan Skincare Berasaskan Tumbuh-Tumbuhan"

Pengedar Shaklee Sabah - 0149517442

Daripada kita terus biarkan liang pori terbuka melarat, jom kita atasinya dengan bahan-bahan yang kita boleh temukan di rumah kita. Mudah, ringkas dan jimat! Tidak perlu guna kos yang banyak pun. Hehe

Tomato

Pengedar Shaklee Sabah - 0149517442
Makan begitu sahaja ataupun dijadikan sebagai masker 😊
Boleh makan tomato begitu sahaja pun sangat membantu untuk mengatasi masalah ni. Tapi kalau macam saya yang susah mau telan tomato mentah, boleh ja kan sapukan tomato pada muka. 

1. Bersihkan tomato dan boleh pilih untuk menghiris tomato ataupun hancurkan tomato untuk jadikan sebagai masker. 

2. Sebelum tomato ini disapukan ke atas muka kita, pastikan tangan kita dan juga muka kita bersih dulu ya. Bila sudah bersih, boleh lah start oleskan tomato tersebut dan tunggulah hingga 15 atau 20 minit. 

3. Bila sudah kering, boleh bilas dengan air bersih.

Tomato bukan sahaja membantu kecilkan lianh pori tau tapi ianya juga membantu untuk membuatkan kulit kita menjadi halus.

Ais Batu

Pengedar Shaklee Sabah - 0149517442
Ais batu pun boleh kecilkan liang pori 😍

Macam tomato tadi, ais batu ni juga kita oleskan pada muka ya. Boleh pilih juga sama ada mau hancurkan ais tu atau kekalkan saiz asal iaitu kiub ais.

Tapi paling penting bungkus ais tersebut dalam sebuah kain yang bersih ya dan pastikan ais yang kita gunakan tu bersih, barulah kita boleh start tempekkan atas muka kita.

Boleh lakukan sekurang-kurangnya 15minit setiap hari atau selang satu hari. Cara paling mudah ni kan? 

Teh Hijau

Pengedar Shaklee Sabah - 0149517442
Teh hijau yang banyak manfaatnya 😍

Ini pun simple ja caranya. Lepas minum teh hijau tu, ambil lah hempasnya dan jadikan sebagai masker muka. Biarkan kering dan boleh kita jadikan sebagai skrub muka untuk buang kulit mati pada wajah kita. Easy right? 2in1 lagi, bestnya! 

Bolehlah pilih antara 3 ini mana satu yang paling sesuai dengan kulit kita sendiri. Semoga bermanfaat kepada kita semua ya. Berjumpa lagi di next entry ❤

Love,
Cheryl Johnny
Trusted Shaklee Independent Distributor