Friday, 25 May 2018

Tips Paling Berkesan Untuk Bangun Awal Setiap Hari

Bangun awal tu part paling Cheryl tidak suka dulu terutamanya bila melangkah ke sekolah menengah. Liat sangat mahu bangun pagi. Tapi hidup kita indah kan? Penuh dengan teguran dan pengajaran.

Benda ini lah yang Cheryl belejar pada hari kelmarin. Sebenarnya banyak kebaikan yang kita boleh dapat bila bangun awal. Mahu tahu kebaikannya? Boleh klil entry di sini "Apa Kelebihan Bila Kita Bangun Awal Setiap Hari?" Teguran yang saya dapat pelajari melalui seorang jejaka. Baca ya! 😊

Petua Untuk Bangun Awal Setiap Hari


1. TETAPKAN WAKTU ATAU MASA UNTUK TIDUR

Bangun lebih awal memang susah bila kita belum jadikan ianya sebagai habit.  TAPI lebih susah bila kita tidak tidur pada waktu yang kita tetapkan sendiri. Bangun lebih awal kena tidur lebih awal juga kan?

Bolehlah setkan alarm 20 minit sebelum kita masuk tidur sebagai peringatan kepada diri kita. 

2. SET ALARM

Paling penting ni tau, lebih-lebih lagi bila kita lambatkan lagi masa waktu tidur kita. Jangan tidak pasang alarm pula, tidak tersedar pula terlajak tidur nanti.

Mula-mula mungkin kita tidak akan dengar pun alaram tu berbunyi tapi bila kita biasakan, bunyi alarm berbunyi ja terus kita akan terbangun. 

Tidak percaya? Cuba amalkan dan rasakan sendiri, pasti kita akan rasakan sendiri perbezaanya. Hehe

3. BERIKAN SEBAB MENGAPA KITA PERLU BANGUN PAGI

Wujudkan sebab untuk kita bangun awal waktu pagi. Kalau tiada sebab tu confirm kita tidak akan bangun awal kan? Ke Cheryl seorang ja pernah lalui macam ni?

Sebagai contoh dapat selesaikan kerja di rumah lebih awal, dapat bantu ibu jemurkan kain dan macam-macam sebab lagi. Banyak sebab kenapa kita perlu bangun lebih awal sebenarnya tapi kita malas untuk berfikir apa sebabnya kita perlu bangun awal kan? 

Orang-orang jepun juga turut amalkan budaya ini yang disebut "Ikigai". Ada sumber mengatakan bahawa orang yang amalkan budaya sebegini mempunyai umur yang lebih panjang. 

Bukan sesuatu yang susah, bukan juga sesuatu yang senang hal bangun awal ini tapi bila kita jadikan sebagai habit, kita latih diri kita sendiri perkara ini akan menjadi sesuatu kebiasaan kita.

Setakat ini sahaja prkongsian Cheryl pada hari ini. Semoga bermanfaat kepada kita semua, jumpa lagi di next entry! 😘


Love,
Cheryl Johnny
Trusted Shaklee Independent Distributor