Thursday, 7 June 2018

3 Buah Yang Mempunyai Kandungan Vitamin C Yang Tinggi

Vitamin c sangat penting untuk tubuh badan kita. Mahu kulit yang sihat? Mahu rambut yang sihat? Mahu gigi yang sihat? Amalkan lah vitamin c secukupnya setiap hari. Vitamin c juga berperanan untuk membantu kita melawan radikal bebas. Radikal bebas ini boleh menyebabkan kita kelihatan lebih tua. Hari ni Cheryl terdengar perbualan dua lelaki yang sudah berumur.

Lelaki pertama ini bertanyakan kawannya tentang umurnya, Cheryl agak terkejut mendengar lelaki kedua berkata umurnya baru 65 Tahun dan lelaki pertama pula 75 tahun. Lelaki 65 Tahun tadi SANGAT SANGAT kelihatan lebih tua daripada lelaki yang berumur 75 tahun tadi.


Tidak mustahil salah satu punca kita kelihatan lebih tua daripada umur kita adalah disebabkan oleh radikal bebas yang "tersimpan" dalam badan kita.

Itu sebabnya Vitamin C sangat penting untuk kita amalkan. Kita boleh dapat vitamin c melalui pemakanan harian kita ataupun melalui suplemen. Hari ini Cheryl mahu share 3 buah-buahan yang mempunyai kandungan vitamin c yang tinggi.

1. JAMBU BATU

Jambu batu mempunyai kandungan vitamin c 2 kali ganda lebih banyak daripada buah oren. Dalam setiap buah jambu batu ini, ada 200mg kandungan vitamin C.

Jambu batu juga mempunyai serat yang sangat bagus untuk kesihatan dalaman kita, lebih lebih lagi untuk pencernaan kita.

2. KIWI

Buah kiwi juga salah satu buah yang tersenarai dalam buah yang mempunyai kandungan vitamin c yang tinggi. Bukan setakat vitamin c sahaja yang terdapat dalam buah ini tapi juga kandungan mineral seperti kalium, magnesium dan juga zat besi.

3. BETIK

Buah betik juga mempunyai kandungan vitamin c. Ada sumber mengatakan bahawa bila kita amalkan betik secara konsisten, ia membantu untuk mencerahkan kulit kita secara alami. Best kan? Cerah tanpa risiko yang merbahaya.

Selain vitamin c, vitamin A dan juga E ada dalam buah betik ni. Kira lengkaplah kan betik ini dengan vitamin anti penuaan iaitu Vitamin ACE. Ada vitamin B juga dalam buah ni, mahu cantik mestilah kurangkan stress kan? Vitamin B dalam buah betik membantu untuk melegakan sistem saraf kita. Ingat saja B juga untuk Beauty. Hihi

Sekian info dari Cheryl hari ini. Jambu batu dan juga betik boleh saja kita dapat dari belakang rumah kita(itu pun kalau kita ada tanam) So tiada alasan lagi untuk tidak dapat vitamin c yang cukup setiap hari.

Tercari-cari sumber vitamin C yang selamat dan murah? Boleh lihat dalam Set Kecantikan Premium Shaklee

Jumpa lagi di next entry! Semoga tips ini membantu kita semua.

Love,
Cheryl Johnny
Trusted Shaklee Independent Distributor