Wednesday, 6 June 2018

3 Manfaat Jus Buah-Buahan Untuk Kecantikan

Siapa yang suka dengan buah-buahan? Tahu kan vitamin atau khasiat yang kita peroleh daripada buah boleh membantu untuk dapatkan kulit yang sihat. Hari ini Cheryl akan kongsikan 3 Manfaat Buah untuk Hal Kecantikan.

Saya ada kongsikan 3 Resepi Ketulan Ais Untuk Hal Kecantikan juga. Jangan lupa untuk melihat dan membacanya.

3 Manfaat Jus Buah Untuk Kecantikan.

1. MELAWAN RADIKAL BEBAS

Khasiat buah yang mempunyai antioksidan yang tinggi tidak akan berubah bila kita buat dengan sendiri ataupun selalu disebut Homemade. Buah epal dan juga aprikot mempunyai kandungan vitamin c iaitu salah satu vitamin antioksidan yang membantu melawan radikal bebas daripada pencemaran alam.

Tahu kan radikal bebas ni umpama racun dalam badan apabila ianya dibiarkan sebab tu ada penyakit datang, kelihatan lebih tua dari umur. Jom rajin-rajin buat jus buah lepas ni. 

2. UNTUK BUANG TOKSIN DALAM BADAN (DETOX) 

Kesihatan luaran kita boleh memaparkan kesihatan dalaman kita. Bila dalaman kita bersih lebih muda lah kita untuk dapatkan kulit yang sihat, berkilat dan cantik. Boleh pilih untuk buat jus oren ataupun epal. 

Tiada sudah toksin yang berdiam diri dalam badan kita bila kita selalu amalkan jus buah. Toksin tersebut sudah dibuang. 

3. MEMBANTU MELAMBATKAN PENUAAN. 

Tua itu memang pasti tapi jika ada cara untuk lambatkan penuaan tersebut kenapa tidak mau buat kan? Weee~ Cheryl pun mau oh hehe.

Bila kita amalkan dengan konsisten pasti kita akan dapat result yang tidak mengecewakan. Jus buah yang segar bukan sahaja baik untuk kecantikan tapi juga kesihatan kita. Double bonus kan? Dua sekawan penting ni terjaga. 

Sekian tips dari Cheryl hari ni. Semoga bermanfaat kepada kita semua. Jumpa lagi di next entry!

Love, 
Cheryl Johnny
Trusted Shaklee Independent Distributor.