Saturday, 2 June 2018

Ketahui 3 Manfaat Ketulan Ais Untuk Kecantikan

Dalam entry sebelumnya Cheryl ada kongsikan " 3 Petua Untuk Kecilkan Liang Pori Terbuka ". Memandangkan Hari Raya sudah dekat Cheryl akan kongsikan lagi tips-tips untuk dapatkan kulit yang cantik dan sihat. Hari ni pula Cheryl akan kongsikan 3 manfaat ketulan ais untuk kecantikan muka kita.

Pengedar Shaklee Sabah - 0149517442

Ketulan ais mempunyai banyak kebaikan pada wajah kita jika ianya diamalkan sekurang-sekurangnya 3 kali sehari. Ia bukan sahaja mudah untuk dicari dan dibuat malah ia boleh dilakukan tanpa mengeluarkan wang. Jom kita baca kebaikan ketulan ais yang boleh buat muka kita lebih segar.

3 Manfaat Ketulan Ais

1. MELANCARKAN PEREDARAN DARAH

Tips ini merupakan tip yang paling senang. Hanya perlu bungkus ketulan ais pada sepotong kain yang bersih dan bolehlah mulakan gosokan pada wajah.

Pengedar Shaklee Sabah - 0149517442
Muka kelihatan lebih segar! 

Gosokan ais pada muka kita akan membantu melancarkan peredaran darah pada muka kita. Bila dah lancar peredaran darah, tanda-tanda penuaan, kedutan dan bintik hitam akan semakin berkurang. Boleh la buat 3 kali sehari untuk mengekalkan kesegaran dan kecantikan pada wajah kita.

2. MENGECILKAN LIANG PORI

Bukan peredaran darah sahaja yang jadi lancar tapi liang pori pun semakin mengecil tau bila kita lakukan gosokan ais secara konsisten. Tapi pastikan ketulan ais dan tangan yang kita gunakan itu juga bersih.

Pengedar Shaklee Sabah - 0149517442
Nak liang pori mengecil? Jom cuba sapu ketulan ais

3. MEMBANTU MENGURANGKAN MATA YANG SEMBAP ATAU BENGKAK

Gosokan ketulan ais pada mata kita akan membantu untuk mengurangkan eyebag. Urut ketulan air tersebut secara membulat pada mata kita dengan perlahan-lahan selama beberapa minit. Dapatlah result yang memuaskan. Yeay! Mata sembap dah tiada.

Pengedar Shaklee Sabah - 0149517442
Bye eyabag! 😍

Daripada kita buat ketulan ais dengan air sahaja, apa kata kita buat ketulan tersebut dengan buah yang sudah dikisar halus seperti tomato, timun dan avokado. Menarik kan? Boleh dah cuba lepas ni di rumah, tidak perlu keluarkan duit pun.

Pengedar Shaklee Sabah - 0149517442

Pengedar Shaklee Sabah - 0149517442

Pengedar Shaklee Sabah - 0149517442

Pengedar Shaklee Sabah - 0149517442

Pengedar Shaklee Sabah - 0149517442

Menarik kan? Berwarna warni pula. Sejuk mata memandang. Boleh dapatkan cara membuat ais kiub menarik ini di sini " Ice Cubes Beauty Hacks "


Sekian perkongsian info dan tips dari Cheryl hari ini. Semoga bermanfaat kepada kita semua. Jumpa lagi di next entry ya! 

Love,

Cheryl Johnny

Trusted Shaklee Independent Distributor