Friday, 6 July 2018

3 Tips Penjagaan Muka Yang Betul - Serum

Hari ini Cheryl akan kongsikan pula kelebihan yang kita akan dapat bila pakai serum. Percaya atau tidak, tahun ni barulah Cheryl start untuk pakai serum. Dulu tiadalah nak jaga muka macam sampai pakai serum. Cukup setakat sabun dan juga bedak sejuk tempek dekat muka sebelum tidur.

Jom kita ketahui apa kelebihan yang akan kita dapat bila pakai serum ni.


KEBAIKAN MENGGUNAKAN SERUM


1. Membantu untuk menghilangkan garis-garia halus - Seperti yang kita ketahui, serum mempunyai kandungan bahan aktif yang dapat membantu kita untuk mengurangkan garis halus pada bawah mata kita. Serum ini lebih muda untuk diserap daripada pelembap muka hal ini kerana ianya dihasilkan dalam bentuk atau molekul yang kecil-kecil.

2. Melembapkan kulit muka - Ya! Pakai serum juga boleh membantu untuk melembapkan kulit muka kita. Ianya bukan sekadar melembapkan dari luaran kulit kita tapi juga dalam kuliy kita ni akan sentiasa terasa lembap. Tambahan pul,  kulit kita juga mengalami penuaan yang sihat. Kulit semakin sihat dan menhilangkan bintik-bintik hitam pada wajah kita.

3. Meningkatkan proses untuk memperbaharui sel kulit - Serum membantu untuk meningkatkam proses regenerasi kulit kita. Apabila sel kulit kita akan diperbaharui setiap hari maka tidak ada lagi kulit kusam. Hanya ada kulit yang lembut dan lebih glowing. 

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa serim membantu untuk menjaga kesihatan kulit kita. Kalau kita belum pernah pakai serum, inilah masanya untuk kita start pakai.

Sekian perkongsiam Cheryl hari ini. Semoga bermanfaat kepada kita semua, jumpa lagi di next entry!