Sunday 29 April 2018

Cheryl's Foodies Stories - Kuih Panjaram Kota Belud

Cheryl Suka Makan


Hai semua! Apa khabar kamu hari ini? Okay juga ka? Haha ini hari Cheryl mau kongsi lagi tentang salah satu kuih yang popular di Kota Belud. Kuih apa tu? Kuih Panjaram aka UFO. Hehe

Pengedar Shaklee Sabah - 0149517442

Apa yang Cheryl mahu kongsikan tentang Kuih Panjaram ini ialah resepinya. Mama saya adalah seorang suri rumah sahaja dan beliau cari pendapatan setiap hari dengan menjual kuih. Salah satu kuih yang mama saya jual inilah, Kuih Panjaram.

Bermula dari sekolah rendah, saya sudah tahu resepi ini. Haha Si mama ajar supaya senang kan kerja, ada yang tolong bancuh tepung.

Bah mari kita belajar resepi Kuih Panjaram supaya dapat masak kuih Panjaram yang rangup di siring-siring (Lupa sekejap apa siring-siring dalam bahasa Melayu 😂) dan lembut pula di bahagian tengahnya.

Bahan-bahan

1. Tepung Gandum 500gram


2. Tepung Beras 500gram


3. Gula 700gram


Air yang secukupnya


Cara Penyediaan

1. Tuang tepung gandum, tepung betas dan juga gula tersebut ke dalam satu bekas. Pastikan ianya sebati dulu ya sebelum kita letak air.

2. Letakkan air yang cukup dan gaul bahan-bahan tersebut. Jangan terlalu pekat dan jangan juga terlalu cair, biar ia berada dalam keadaan yang sedang-sedang sahaja. Pastikan tiada gumpalan tepung ya, kena gaul sehingga rata.

3. Selepas siap menggaul, simpan dalam ice-box ataupun di mana-mana sahaja bahagian tempat yang selamat. Keesokkan harinya barulah kita boleh memasaknya. Hehe

Kenapa esok dia baru kita boleh masak? Supaya ada berlaku proses fermentasi, cantiklah bibir-bibir kuih tu.

Sedikit tips lagi boleh juga tambahkan pewarna kepada bancuhan tepung tapi selepas keesokan harinya. Mama saya selalu tambah perisa pandan.

Pengedar Shaklee Sabah - 0149517442
Siapa peminat kuih panjaram? Kita geng! HAHA

Pengedar Shaklee Sabah - 0149517442
Ini si Mama tambah Beras Merah @ Tadong
Gambar ke-2 tu, Cheryl belum pakar lagi Haha! Sebab mama belum turunkan ilmu sama anaknya 😆

That its. Sangat simple kan? Boleh kamu try lepas ni, tidak paya sudah kan membeli di Tamu 😆 boleh saja try masak ni di rumah. Tapi pastikan kamu guna kuali khas untuk masak kuih ini ya, kuali yang sangat kecil dan pastikan kamu masak dengan suhu yang sederhana juga supaya dapat masak kuih panjaram dengan cantik.

Sampai sini sahaja perkongsian Cheryl hari ini. Kita berjumpa lagi di next entry ya ❤

Siapa yang suka makan sinalau bakas? Boleh baca cerita kami sini kio "Cheryl's Foodies Stories - Sinalau Bakas Tamparuli"

Love,Cheryl Johnny.

Saturday 28 April 2018

Cheryl's Foodies Stories - Sinalau Bakas Tamparuli ( non-halal )

Cheryl Suka Makan

Hai guys! Hari ini entry Cheryl berbeza sikit. Haa, Cheryl mahu kongsikan makanan yang patut kamu cuba tau di sabah ni. 

Pengedar Shaklee Sabah - 0149517442

Kemarin Cheryl bersama dengan 2 besties saya pergi ke Kota Kinabalu. 2 kawan lelaki saya ini pergi ke KK untuk menonton wayang, movie terbaru iaitu Avengers: Infinity War, saya pula berjumpa dengan moyang Shaklee saya untuk janji temu offline coaching.

Selepas selesainya offline coaching, Cheryl juga mengambil peluang untuk melawat ke branch untuk urus orders customer dan juga daftar anak baru. First time tau Cheryl buat pembelian sendiri. Itu pun mahu bangga! 😂

Pengedar Bebas Shaklee Sabah 0149517442
They were my awesome friends. Thank you kawan pigi branch Shaklee KK.
Selepas membuat pembelian di Branch KK, kami mengambil kawan kami di UITM KK yang mahu pulang ke kampung. Atas persetujuan ramai, kami buat keputusan untuk makan petang di salah satu gerai yang menjual sinalau bakas di Jalan Tamparuli.

Pada mulanya Cheryl pun ragu-ragu juga mahu makan disana tapi bila sampai dan makan makanan tersebut memang puas hati! 😍

Harga Daging tersebut adalah RM24.00 sekilo. Nasi juga disediakan ya tapi ianya dibungkus menggunakan sekeping daun dan kami orang Dusun selalu panggil ianya "Linopot" dan ianya berharga RM2.00 satu.

So lets take a look at our pictures that day.

Pengedar Shaklee Sabah - 0149517442
Satu piring penuh! Memang puas hati lah 😍
Pengedar Shaklee Sabah - 0149517442
Ambil gambar dulu sebelum makan. Benda wajib 😂
Pengedar Shaklee Sabah - 0149517442
Geng kuat makan ni semua 😂

Pengedar Shaklee Sabah - 0149517442
Kecik badan tapi besar makan ya 😂 licin piring kami guys.

Setakat ini sahaja cerita Cheryl tentang makanan hari ini. Memang Cheryl rekomen kamu pergi cuba sini, memang sedap! 😍 I Give 5 Star, memang mahu cuba lagi lepas ini.

Jumpa lagi di entry seterusnya ya. ❤

Love,
Cheryl Johnny.