Cheryl Suka Makan
Hai guys! Hari ini entry Cheryl berbeza sikit. Haa, Cheryl mahu kongsikan makanan yang patut kamu cuba tau di sabah ni.
Kemarin Cheryl bersama dengan 2 besties saya pergi ke Kota Kinabalu. 2 kawan lelaki saya ini pergi ke KK untuk menonton wayang, movie terbaru iaitu Avengers: Infinity War, saya pula berjumpa dengan moyang Shaklee saya untuk janji temu offline coaching.
Selepas selesainya offline coaching, Cheryl juga mengambil peluang untuk melawat ke branch untuk urus orders customer dan juga daftar anak baru. First time tau Cheryl buat pembelian sendiri. Itu pun mahu bangga! π
They were my awesome friends. Thank you kawan pigi branch Shaklee KK. |
Selepas membuat pembelian di Branch KK, kami mengambil kawan kami di UITM KK yang mahu pulang ke kampung. Atas persetujuan ramai, kami buat keputusan untuk makan petang di salah satu gerai yang menjual sinalau bakas di Jalan Tamparuli.
Pada mulanya Cheryl pun ragu-ragu juga mahu makan disana tapi bila sampai dan makan makanan tersebut memang puas hati! π
Harga Daging tersebut adalah RM24.00 sekilo. Nasi juga disediakan ya tapi ianya dibungkus menggunakan sekeping daun dan kami orang Dusun selalu panggil ianya "Linopot" dan ianya berharga RM2.00 satu.
So lets take a look at our pictures that day.
Satu piring penuh! Memang puas hati lah π |
Ambil gambar dulu sebelum makan. Benda wajib π |
Geng kuat makan ni semua π |
Kecik badan tapi besar makan ya π licin piring kami guys. |
Setakat ini sahaja cerita Cheryl tentang makanan hari ini. Memang Cheryl rekomen kamu pergi cuba sini, memang sedap! π I Give 5 Star, memang mahu cuba lagi lepas ini.
Jumpa lagi di entry seterusnya ya. ❤
GOSPORTS LTD & ICYMI (GOSPORTS LTD) - JtmHub
ReplyDeleteGOSPORTS LTD and ICYMI (GOSPORTS LTD). Company Name, λλμ² μΆμ₯μλ§ GOSPORTS LTD. Address, JTM μ¬μ μΆμ₯μλ§ Hub, Malta. Phone Number, 0631860. μμ± μΆμ₯λ§μ¬μ§ Fax Number, Fax number, νμ± μΆμ₯λ§μ¬μ§ JTM Hub, κ΅°ν¬ μΆμ₯λ§μ¬μ§